Assalamu'alaikum

Selamat berkunjung ke blog saya...sebarang cadangan boleh di email kepada saya muhammadalfateh87@yahoo.com

Monday, August 23, 2010




Read more...

Monday, May 31, 2010

Judi dan Hulago Khan!!!!



Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP berbangsa Cina yang juga merupakan seorang bukan Islam ketika berceramah di Kelantan, 'bertazkirah' tentang kesan buruk judi kepada sistem sosial masyarakat. Kesan buruknya sehingga mampu meruntuhkan institusi penting iaitu keluarga dan masyarakat.Itulah hikmah Islam mengharamkan judi.Orang Cina sendiri telah menolak judi katanya.Maka,kalau kerajaan boleh meluluskan judi,bermakna kerajaan rela melihat non-muslim menjadi rosak dan porak peranda. Adakah ini terjemahan dan manifestasi 1 Malaysia???!!!

Isu yang sebenarnya, setelah judi sukan ini diluluskan, bermakna 'everyone can bet'. Setiap orang boleh berjudi tanpa perlu ke kasino mahupun premis judi berhampiran.Hanya semudah melayari internet dan berSMS sahaja. Media membodohkan kita dengan mengatakan ia hanya diluluskan kepada non-Muslim.

Kalau bangsa lain sudah menolak judi atas keburukannya. Apa lagi alasan pihak yang terbabit untuk meluluskannya?Tak lain hanya kerana mahukan pendapatan dari hasil judi setelah hasil pendapatan negara yang lain disalahgunakan. Ingatlah,penggemar judi (kaki judi) tidak pernah kaya dalam sejarah perjudian.Yang menjadi kaya hanyalah pemilik dan Taukey judi.

Alasan paling tidak munasabah diberikan pihak terbabit ialah"Kita tak mampu membendung kegiatan judi, kalau kita haramkan, mereka boleh berjudi juga di pasaran gelap. Kita tak dapat duit. Maka, lebih baik kita luluskan lesen judi, kerajaan pun boleh dapat duit." Jenis 'otak duit' beginilah yang membunuh moral manusia. Maka, lepas ini mungkin disebabkan kita tak mampu membendung kegiatan pengedaran dadah, justeru kita beri lesen kepada pengedar dadah. Begitu juga pelacuran dan kegiatan yang tak bermoral lainnya.

Teringat ketika Hulago Khan membantai umat Islam di Baghdad semasa era pemerintahan Abbasiyah yang penuh dengan budaya hedonistik dan keruntuhan moral. Hulagu Khan bertazkirah kepada umat Islam yang telah hilang Islamnya ketika itu bahawa "Aku adalah bencana yang diutuskan oleh Tuhan kamu atas dosa yang telah kamu lakukan." Lalu pembantaian umat-umat Islam dilakukan sehingga masyarakat ketika itu menjangkakan dunia telah kiamat apabila melihat angka korban yang begitu dahsyat.

Read more...

Saturday, April 3, 2010

Elemen Saintifik & Syariatik Dalam Mencapai Kecemerlangan






Read more...

Monday, March 29, 2010

‘Hantu-hantu’ yang menghantui jiwa & pemikiran


“Awak dah tengok ke belum filem ‘Santau’? saya baru je tengok, best giler saya cakap kat awak” Seorang teman, sangat teruja bila berpeluang menyaksikan filem seram dari produksi filem Metrowealth Sendirian Berhad itu baru-baru ini, seolah-olah baru kali pertama beliau menonton filem bergenre mistik dan tahyul itu.

Best? Takkan melihat hantu yang hodoh itu pun awak katakan best?” Sengaja saya bergurau dengannya sambil cuba mendapatkan kepastian, mana satukah yang dimaksudkan best itu.

“Ish, tak ada la hantu itu yang saya maksudkan, tapi jalan ceritanya, effect & lakonan filem tersebut menjadilah pada saya. Kalau nak dibandingkan dengan filem-filem seram yang lain di negara kita ni, filem tersebut bagi saya adalah yang paling menarik pernah industri kita hasilkan.” Kagum betul beliau selah temenyaksikan filem tersebut. Gayanya memberikan feedback sudah seperti wartawan hiburan.

“Awak ni dah tengok ke belum?Mesti awak tak layan filem-filem macam ni kan?” Soalnya cuba menduga saya. Seolah-olah faham bahawa saya bukanlah tahi filem atau kaki wayang.

“Haah, pandai betul awak. Saya memang tak layan filem-filem sebegitu. Tapi, saya tonton sebagai satu penilaian terhadap tahap pemikiran masyarakat kita.”Sambil tersenyum saya memberikan jawapan cuba melarikan sedikit dari fokusnya bercerita tentang kesantauan filem itu, agar kami tidak ‘tersantau’ dan diheret bermain di lingkungan ‘mistik’ serta apa yang tersurat dalam filem itu sahaja.

“Oh, jadi awak pun tengok juga la ye?Meleset rupanya jangkaan saya ni.” Beliau tersenyum suka bila tahu saya juga turut menonton filem tersebut. Maklumlah, saya ini skeptik dengan cerita-cerita sebegitu.

“Hmmm, awak tengok filem itu sebagai penilaian kepada pemikiran masyarakat? Maksudnya?” Beliau cuba berfikir sambil mendapatkan kepastian apa yang saya maksudkan.


Pembudayaan GMS : Gossip, Mistik, Seks

Saya senyum kepadanya. Teringat pula kepada kata guru saya, "orang Melayu ni cukup mudah nak tarik perhatian mereka. Hendak lariskan jualan atau hangatkan sesuatu perbincangan memang sangat mudah bila berhadapan dengan golongan ini. Gunakan sahaja senjata GMS : Gossip, Mistik, Seks" Contohnya seperti jualan akhbar dan majalah. Jika tajuk muka hadapan berkisar tentang seks, mistik, misteri dan gossip, mesti penjualannya laris ibarat pisang goreng panas. Tertimbus segala macam masalah Negara dan krisis umat yang lain. Tidak hairanlah ada pihak akhbar mendakwa akhbarnya adalah akhbar terlaris pilihan nombor satu rakyat di Malaysia meskipun tidak pasti apakah methodology & skala yang digunakan bagi mengukurnya.

Risaukan Hantu yang mana?

Saya amat risau dengan pemikiran masyarakat kita khususnya masyarakat Melayu yang telah diracuni dengan fikrah ‘berhantu’ ini. Baik filem mahupun cerita-cerita dari mulut ke telinga seperti itu mampu untuk menjengah ke minda dan tertanam membentuk pemikiran dalam masyarakat. Kalau cerita hantu yang dihidangkan setiap hari Khamis malam Jumaat, ditambah pula dengan kisah mistik yang dipaparkan di dada-dada akhbar dan majalah, filem pula bergenre sama di pawagam-pawagam tanahair maka, apalah yang kita mampu harapkan untuk masyarakat berasa takut kepada Tuhan lebih daripada takutkan hantu dan perkara-perkara khurafat.

Kesan dari menonton filem-filem tersebut bukanlah kesemuanya akan membawa penonton mengkagumi pada hasil karya pengarahnya, kesan grafik atau seni lakonan filem tersebut, tetapi lebih memberikan kesan kepada membentuk jiwa masyarakat menjadi penakut tidak menentu dan suka membayangkan perkara yang bukan-bukan. Anak-anak hendak ke bilik air, hendak tidur di bilik seorang diri, malah hendak bersendirian pun merasa ketakutan. Hantu dibayangkan berada di belakang pintu, di dalam cermin, tiba-tiba muncul dari bawah katil, hilang dari satu sudut lalu muncul di satu sudut yang lain dan hadir dalam pelbagai rupa bentuk. Mungkin itulah yang dimaksudkan ‘effect’ yang mengkagumkan barangkali.

Lebih menyayat hati dan membimbangkan, peranan golongan alim ulama, para agamawan dan ayat-ayat Allah yang menjadi mangsa untuk disalahgunakan. Ianya sangat disalahtafsirkan dalam cerita-cerita mistik sebegini.


Alim Ulama' & Agamawan Sebagai Dukun?

Beliau cuba menjelaskan kepada saya lagi “Tengoklah, dalam cerita hantu ni mereka juga nak tunjukkan bahawa ahli agama dan ayat-ayat al-Quran digunakan bagi mengalahkan makhluk-makhluk tersebut” bila tok imam datang dengan berserban dan berkopiah, memutar-mutar biji tasbih dijari, membacakan ayat-ayat Allah dan akhir sekali hantu pun ditewaskan, terbakar atau keluar dari badan mangsa tersebut.

“Benarlah, tiada siapa di kalangan makhluk yang mampu menandingi kuasa-Nya. Namun,Al-Quran dibacakan bukan untuk menghalau jin, hantu yang itu semata-mata. Tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan agar manusia tak menjadi ‘hantu’ dan ‘jin’ yang lebih ganas dan dahsyat dari hantu yang ditonton itu.” Saya cuba melontarkan hujah.

Al-Quran Yang Dipinggirkan

“Apa maksud awak?”

“Apabila kehidupan tidak dihiasi dengan al-Quran, malah meminggirkan al-Quran maka akan menjelmalah 'lembaga' dalam masyarakat yang berwajah manusia tetapi berperangai seperti hantu. Hantu-hantu inilah yang membuang bayi, yang merempit, menjadi peragut, perogol bersiri, penjenayah, menjadi pembunuh sehingga sanggup membunuh ahli keluarga sendiri, penagih dadah, perasuah, mendedahkan aurat, menyalahgunakan kuasa dan pangkat serta mempelopori budaya hidup hedonisme dalam kalangan masyarakat umat Islam sendiri. Hakikatnya, hantu-hantu inilah yang lebih menakutkan dan dahsyat dari polong, pontianak, penanggal atau pocong yang digembar-gemburkan tu.”

Teringat lagi saya kepada kata-kata seorang ustaz sewaktu menyampaikan ceramah di sebuah masjid, katanya, “Hantu dari kalangan jin ni mudah sikit kalau nak dihalau, kita halau dengan ayatul Qursi aja dia akan lari. Tetapi kalau berdepan dengan hantu dari kalangan manusia ni cukup payah, baca ayatul Qursi pun belum tentu dia akan lari, barangkali kena gunakan Kursi (kerusi) baru dia lari.” Katanya berseloroh tetapi sangat mendalam maknanya.

Agamawan Bukan Dukun Dan Bomoh

Peranan golongan agama bukanlah sebagai penghalau jin dan hantu semata-mata, malah peranan mereka sangat besar sebagai pendidik, murobbi dan pendakwah di dalam masyarakat, sekaligus menjadi contoh dalam semua bidang termasuk bidang professional. Manakala, ayat al-Quran untuk dibaca, ditadabbur dan dihayati bagi menyuburkan iman dalam diri dan dilaksanakan sebagai sistem dalam hidup manusia secara keseluruhannya.

Realiti ahli agama hari ini hanyalah diberikan peranan yang sangat tidak bersesuaian kepada mereka. Ada yang sebahagiannya cuma diperuntukkan peranannya untuk membacakan doa pada permulaan sesuatu majlis tertentu bagi memohon rahmat dan melancarkan perjalanan majlis. Kemudiannya ketika itu majlis berlangsung, entah apa isi kandungan agendanya pun tidak tahu sama ada mengena tepat dengan apa yang dimohon melalui permintaan doa yang dibacakan sebelumnya tadi. Mudah untuk dikatakan, majlis yang membelakangkan syariat yang dijalankan dengan doa para alim sebagai tempelan.

Ahli Agama & Agama Hanya Tempelan

Maka, sama jugalah hari ini apabila ahli agamawan hanya dijemput pada penghujung cerita sebagai penghalau hantu dan jin sedangkan hampir 90% babak dalam filem tidak langsung memaparkan tentang budaya hidup sebagai orang yang mengamalkan Islam. Ayat-ayat Allah kadang-kala hanya dijadikan tempelan di permulaan cerita atau muncul di akhir cerita untuk menghalalkan cerita yang penuh dengan nilai-nilai syirik dan tahyul itu supaya, mampu membuatkan penonton berasa lega bila melihat terpaparnya ayat suci al-Quran. “Ada saranan ayat Quran dalam cerita ni,kira ok la.Tidak bercanggah dengan Islam...”

Tanpa kita statik dalam membicarakannya dari sudut hukum-hakam sama ada dibolehkan atau tidak dalam ajaran Islam untuk meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dengan tujuan sebegitu, apa yang lebih penting untuk diperjelaskan ialah, kita amat bimbang apabila ayat-ayat Allah sudah tidak dijadikan bahan bagi mentarbiyah dan mendidik hati manusia lagi lantaran konteks ia digunakan sangat bersalahan dari tuntutan sebenar.

Sekarang pun kita sudah melihat bagaimana dinding-dinding rumah dihiasi dengan kaligrafi ayat-ayat suci al-Quran namun, isi rumahnya entah mengambil atau tidak pengajarannya apatah lagi mengamalkannya. Lantaran banyak sungguh kejadian dan kelakuan seperti haruan makan anak, pembunuhan sesama ahli keluarga, pasangan tinggal serumah tanpa menikah dan lain-lain lagi kejadian ‘paranormal’ dan kepelikan yang berlaku dalam masyarakat muslim tanpa Islam ini. Begitulah juga tahap kerisauan kita kepada hal ini, lambat-laun ayat-ayat suci ini akan hanya menjadi azimat dan tangkal yang digantung di pintu dan dinding rumah semata-mata untuk menghalau hantu.

Optimumkan Kerja Yang Sepatutnya

Jika difikirkan kembali, Apakah hikmahnya Allah menciptakan makhluk-makhluk halus seperti jin, syaitan dan iblis ini dalam keadaan yang ghaib dan tidak boleh dirasai pancaindera mata kasar manusia? Sesungguhnya sudah cukup baik kepada manusia apabila Allah menciptakan makhluk tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Maka, tidak perlulah kita bersusah payah menjadi ‘seekers’ atau penjejak ‘entiti paranormal’ pula untuk bertemu dan merasai kewujudan makhluk ini. Tugas dan amanah kita sebagai khalifah dan pentadbir alam sepatutnya boleh ditumpukan secara optimum. Tumpukan sahaja tugas kita yang itu.

Tidak dinafikan Allah tetap memberikan kelebihan kepada hamba-hambanya yang tertentu untuk melihat dan merasai kehadiran makhluk ini dengan mata hati dan deria mereka.
Namun, bukanlah bermakna kita menafikan peranan ulama’,guru-guru yang pakar dalam ilmu sedemikian dalam menangani permasalahan berkaitan makhluk tersebut, bahkan ia juga sangat penting. Apatah lagi, dalam keadaan masyarakat yang hanya pada namanya sahaja manusia bertamadun namun, amalan segelintir dari mereka masih lagi karat dengan menuntut ajaran ilmu-ilmu sihir yang menyesatkan ini. Bahkan, Rasulullah s.a.w sendiri serta ulama’-ulama’ yang hebat juga berdakwah kepada golongan jin dan apabila ada anggota masyarakat yang diganggu jin mereka tampil menghulurkan bantuan. Tetapi, itu semua sebagai tugasan sampingan yang sangat minima dilakukan mereka. Peranan utama mereka tetap adalah sebagai pengajak, pendakwah dan mendidik masyarakat. Bukanlah sebagai bomoh atau dukun sepenuh masa.

Usaha Menghalau 'Hantu'

Sejarah perjuangan baginda Rasulullah s.a.w sendiri lebih banyak dipenuhi dengan kesabaran, kecekalan dan istiqomah baginda menghadapi golongan manusia daripada menghadapi kelompok jin. Jika manusia menurut perintah dan menegakkan ajaran Allah dalam kehidupan mereka, jin secara sendirinya akur untuk menghampiri mereka tetapi, jika manusia melakukan sebaliknya, maka merekalah hamba kepada hawa nafsu sendiri dan secara tidak langsung ‘jin’ yang merosakkan itu.

“Rasa-rasa awak lah, manakah yang lebih ramai? bayi yang dibuang manusia yang tidak bertanggungjawabkah atau bayi yang dilarikan Pontianak?Berapa ramai remaja mati sia-sia akibat merempit berbanding mati dicekik hantu?” Saya cuba menduganya.

Beliau tersenyum.

Filem Yang Mendidik

Peranan golongan cerdik pandai agama janganlah dimunculkan dalam cerita pada penghujungnya sahaja. Tapi sepatutnya disepanjang babak filem terbabit. Mereka muncul sebagai pihak yang membetulkan masyarakat, berdakwah dan mengubat punca masalah bukan sekadar menjadi dukun atau bomoh sahaja. Al-Quran adalah mesej tarbiahnya, bukannya ‘book of spell’ yang penuh dengan jampi serapah seperti dalam cerita ‘Charmed’.

Pada malam Jumaat pula, janganlah asyik terpaku di hadapan TV dengan ‘Keliwon’ dan pelbagai lagi versi hantu sahaja, tetapi isilah ia sebagai malam yang barakah memandangkan esoknya akan muncul penghulu segala hari. Hari raya dan kebesaran buat muslim dalam seminggu. Penuhilah ia dengan program-program yang mampu membentuk jiwa dan mengisi keperluan roh. Bangunkan jiwa dan bentukkan diri moga Islam tertegak berdiri dengan kesuburan nurani bukanlah 'hantu' yang menghantui

Read more...

Saturday, March 13, 2010





Read more...

Talk On Mahasiswa Berpelajaran Tidak Berpendidikan By NYDP1 MPP, Mohd Hadi Abd Rahman









Read more...

Friday, March 12, 2010

Sekitar Program JomBaca@BusStopUTHM














Read more...

Wednesday, March 10, 2010

Mahasiswa : Berpelajaran, Tidak Berpendidikan?






Read more...

Friday, February 19, 2010

Siapa aku?



Hiburan dan Aku...


Aku Sebagai Seorang so-called "Ustaz" =)


Aku Dengan Masyarakatku...



Bidang Yang Menjadi Fardhu Kifayah Kepadaku...


Sahabat Handai, Teman-Temanku...


Ayah,Ibu,Kakak & Abang...Keluargaku...



Teman Seperjuanganku...


Perjuanganku...


MATLAMATKU...




Read more...

Saturday, January 16, 2010

Biarkan Mahasiswa Bersuara



Sdr. Zainulfaqar Hj. Yaacob

PENDAHULUAN

Mahasiswa dan AUKU adalah tajuk biasa yang selalu kita wacanakan sebelum ini. Tajuk ini juga telah banyak kita baca dan tulis dalam bentuk akademia sehinggalah catatan eksklusif secara blogging.

Maka, apabila kita berbincang tajuk kemahasiswa, tentu terbayang dalam pemikiran kita tentang aksi-aksi mahasiswa lampau. Mahasiswa era 1960an dan 1970an sering kali menjadi sejarah agong dalam generasi mahasiswa kini.

Pidato lantang di speakers’ corner, membuat kenyataan akhbar, memorandum terbuka hatta demontrasi aman di kampung dan desa sering kali menjadi tanda aras (KPi) dalam kamus perjuangan mahasiswa hari ini.

Akhirnya, kita secara semulajadi terbuai oleh rasa romastisme. Kita melihat aksi-aksi seperti di atas ini kononnya sebagai tradisi kita – Tradisi Mencabar!

Buku ‘Mahasiswa menggugat’ (1972), Di Sebalik Tabir Politik Kampus (1995), Mahasiswa Abad Ke-21 (2005) dan sebagainya membentuk dogma-dogma stereotaip dalam kerangka gerakan kita pada hari ini.

Begitu juga dengan subjek AUKU. Kita acapkali terperangkap dalam beberapa situasi apabila kita berwacana subjek AUKU ini. Pertama, kita terlalu gemar membincangkan AUKU ini sama ada perlu dimansuhkan atau dipinda; khususnya selepas Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, YB Dato’ Khalid Nordin mulai menyatakan hasrat menilai semula AUKU ini.

Kedua, kita acapkali membicarakan tentang seksyen-seksyen yang dilihat mencabuli hak asasi manusia secara berperundangan dan terlalu teknikal; padahal rata-rata kita (aktivis mahasiswa) tegas berpendirian bahawa AUKU ini mesti dimansuhkan.

Akhirnya, kita secara semulajadi telah hilang jatidiri kita sebagai kaum mahasiswa. Kita mulai meletakkan hasrat memansuhkan AUKU ini sebagai teras perjuangan kita di kampus dan pentas nasional. Lebih dari itu, kita ghairah membina suatu akta alternatif bagi menggantikan AUKU tanpa melihat sisi politik KPT/Kerajaan dan keperluan politik semasa di Malaysia sekarang ini.

AUKU ini sebenarnya adalah suatu halangan (barrier) yang sengaja dicipta oleh kerajaan untuk melumpuhkan pergerakan kita. AUKU ini sebenarnya sengaja diperundangkan demi mengekang dan mengalihtumpuan kita dari nilai-nilai asasi perjuangan kita sebagai kaum mahasiswa.

Justeru, kertas kerja ini akan membicarakan persoalan nilai mahasiswa; dan bagaimana kita patut melihat AUKU dewasa ini? Kita tidak akan berbincang soal sejarah gerakan mahasiswa dan kita tidak akan berbincang persoalan AUKU dalam laras perundangan.

Mahasiswa dan politik nilai


Mahasiswa terdiri oleh dua suku kata iaitu maha yang melambangkan besar atau berkuasa; dan siswa iaitu merujuk kepada kelompok penuntut atau pelajar di instiusi pengajian tinggi (IPT). Hasil sistesis kedua-dua suku kata ini memberi makna tersendiri – iaitu suatu ‘bangsa’ yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan menuntut ilmu di peringkat tinggi (Universiti), tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berteraskan kapasiti intelektual yang dimiliki oleh mereka. (Zainulfaqar b. Yaacob, 2006:20)

Mahasiswa merujuk pada satu kelompok pelajar yang berada di peringkat yang tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara. Pengemblengan tenaga kelompok mahasiswa ini berteraskan daya keintelektualan yang bersifat idealis untuk mencapai matlamat yang digagaskan bersama, selaras dengan kedudukan mereka di puncak menara ilmu. Natijahnya, lahir satu arus gerakan yang sentiasa bersama dengan kebenaran (al-haq) dan sama sekali tidak bersekongkol dengan kebatilan hatta kelompok mereka ini dikenali sebagai independen Group. (Zuhdi b. Marzuki, 2002:th).

Profesor Feaur (Universiti Toronto) dalam bukunya The Conflict of Generation – The Charactor and Significance of Student Movement bahawa aktivisme mahasiswa lebih suatu pemberontakan dan kecenderungan ini lebih dilihat sebagai persoalan konflik antara generasi (generational conflict). Kondisi ini berlaku berpunca oleh kebencian kepada generasi lama yang sudah establish. Maka, mahasiswa dilihat sebagai pressure group yang anti-establisment. (Mohammad Abu Bakar, 1972:13).

Tuntasnya, mahasiswa mempunyai nilai-nilai tersendiri. Pertama, mahasiswa adalah ‘bangsa’ terpelajar. Kedua, mahasiswa ini mempunyai gagasan pemikiran dan tindakan yang tersendiri – disebut sebagai idealisme. Dan ketiga, pergerakan mereka adalah bersifat tersendiri.

Dari nilai-nilai di atas ini, lahirlah rupa dan gaya aktivitisme mahasiswa Malaysia seperti berwacana, berdiskusi, berdebat, berpidato, mengeluarkan kenyataan akhbar, menghantar memorandum hatta berdemontrasi di universiti dan dalam lapangan ummat.

Dari rupa dan gaya aktivitisme mahasiswa sebagaimana di atas ini, secara implisit dan semulajadinya turut membentuk nilai-nilai asasi kaum mahasiswa.

Rakyat melihat bentuk dan wajah aktivitisme mahasiswa. Begitu juga dengan parti-parti politik, kesatuan buruh/pekerja, badan bukan kerajaan (NGO) hatta pihak Kerajaan sendiri. Masing-masing mempunyai persepsi tersendiri berhubung satu-satu atau majmuk aksi mahasiswa Malaysia.

Bagi kaum rakyat, mahasiswa dahulu dianggap sebagai independent group,pressure group, cataliyst, check and balance dan sebagainya.

Ini kerana mereka telah pun melihat partisipasi mahasiswa dalam isu kemiskinan rakyat di Teluk Gong (1967), Baling (1974) dan sebagainya.

Rakyat juga telah melihat betapa lantangnya mahasiswa dalam isu anti-kolonialisme oleh Kerajan (1946-1950an; isu anti Tunku (1966); isu pencerobohan AS ke atas Hanoi-Haiphong (1966); isu bahasa dan kependidikan nasional (1967); isu sosio-ekonomi negara (1969); isu tuntutan Sabah oleh Filipina (1969); isu pencerobohan Rusia ke atas Szekoslovakia (1969); dan banyak lagi.

Aksi-aksi di atas ini turut dicermati oleh kerajaan dan parti-parti komponan kerajaan. Mereka menganggap bahawa mahasiswa cuba bersikap anti-establishment hatta berhasrat untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Bertitik tolak pada sangkaan ini, AUKU mula diperkenalkan pada 27 April 1971 dan kemudiannya dipinda pada tahun 1974, 1995 dan 1999 (peringkat Universiti Malaya sahaja).

Adakah patut mahasiswa ditohmah sebagai anti-establishment disebabkan sikap lantang mereka itu kebetulan sama dengan sikap lantang pihak-pihak tertentu (Contoh: Labour Party of Malaya, 1954)?

Menurut Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim (2005), kelantangan mahasiswa era 1940an berpunca oleh tempuhan pengalaman mahasiswa dengan suasana Perang Dunia II yang turut ditempuhi oleh Malaya. Kelantangan mahasiswa era 1950an pula berpunca oleh tempuhan pengalaman mereka dalam era kemerdekaan Malaya. Maka, sikap anti-kolonialisme mereka sudah tentu masih menebal dan mereka ini tentu peka dengan tindak-tanduk kerajaan baru pada waktu tersebut (Abdul Razaq Ahmad, 2005:9-11)

Kelantangan mahasiswa era 1960an/1970an pula disebabkan oleh tempuhan pengalaman bekerja sebagai guru pendidik di luar bandar/desa oleh kebanyakkan calon mahasiswa sebelum mereka melanjutkan pengajian di Universiti. Mereka melihat tahap pendidikan anak bangsa mereka. Mereka melihat generasi muda mereka. Natijahnya, lahir/timbul kesedaran nasional dalam diri mahasiswa-mahasiswa pada waktu tersebut. (Muhammad Abu Bakar, 1972:23-24)

Apa yang cuba dirumuskan di sini adalah aksi-aksi mahasiswa dalam satu-satu zaman tersebut berpunca oleh kesedaran dan tempuhan pengalaman. Dan partisipasi mereka dalam lapangan ummat adalah suatu perjuangan nilai atau lebih tepat disebut ‘politik nilai’.

Bertitik tolak pada asas ini, kerajaan telah melakukan suatu kesalahan besar ke atas mahasiswa dengan memperkenalkan AUKU. Pengenalan AUKU oleh kerajaan ini kerana kerajaan menjunjung ‘politik kekuasaan’ dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan status quo mereka.

Politik nilai dan Politik Kuasa

Apakah makna politik kuasa? Apakah makna politik nilai? Dan apa pula hubung kaitnya antara kedua-dua ufuk politik tersebut dengan pengenalan AUKU?

Politik kuasa adalah perjuangan untuk mendapatkan kuasa. Politik kuasa ini telah dianuti oleh parti-parti politik baik parti-parti komponan kerajaan mahupun parti-parti oposisi. Masing-masing mempunyai agenda perjuangan kekuasaan tersendiri dan tentu bersikap partisan serta mahu mendominasi kuasa dalam sesebuah negara bangsa. Jika parti-parti oposisi mendominasi kerajaan, bermakna parti-parti komponan akan mengambil posisi di pihak oposisi pula; begitulah sebaliknya.

Berbeza dengan politik nilai. Politik ini tidak mementingkan kemuncak kekuasaan, sebaliknya mereka lebih mementingkan perjuangan nilai – keadilan hak, kebebasan, hak bersuara, hak berkumpul, hak berpersatuan, hak untuk hidup, hak untuk menikmati pembangunan dll.

Inilah yang diperjuangkan oleh mahasiswa selama ini dan politik nilai inilah yang seharusnya terus menjadi nilai-nilai perjuangan mahasiswa sehingga kini.

Kita boleh lihat di Malaysia umpamanya. Gerakan anti Tunku cukup kuat pada era pertengahan 1960an dan mahasiswa telah berjaya menurunkan Tunku dari kerusi kekuasaan (Perdana Menteri) pada waktu tersebut. Namun, adakah mahasiswa menjadi perdana menteri selepas waktu tersebut?

Kita lihat pula politik kuasa oleh Kerajaan dan parti-parti komponan kerajaan. Demi memelihara status quo mereka, mereka mengikat hak-hak asasi mahasiswa seperti bersuara, berkumpul, berfikir, berpersatuan, berpolitik, bebas menikmati hidup dan sebagainya melalui pengenalan AUKU 1971 (Pindaan 1974).

Pencabulan hak-hak asasi mahasiswa ini boleh dilihat dalam Syeksen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C AUKU itu sendiri. Sejak pengenalan AUKU inilah, kita telah lihat fungsi mahasiswa dalam memperjuangkan ‘politik nilai’ ini mulai luntur.

Bagi mereka yang mahu terus meninggikan nilai-nilai perjuangan mahasiswa, mereka ini sanggup mengambil risiko politik dan perundangan. Lama-kelamaan, mendorong mereka terjun dalam politik kekuasaan juga dengan menubuhkan parti dan mencabar politik kekuasaan yang zalim (parti-parti tententu) dalam satu-satu PRU.



Mahasiswa tidak mempunyai banyak pilihan pada waktu tersebut. Mereka bukan sahaja dihalang hak berkumpul, berpersatuan, bersuara hatta hak berpartisipasi dalam politik nasional; malah ada dalam kalangan mereka ini telah diancam oleh pentadbiran Universiti, disoal siasat dalam kondisi yang menakutkan oleh Special Brance (SB)/Polis, didenda/dihukum, disingkir keluar Universiti dan sebagainya melalui politik kekuasaan oleh UMNO/BN serta proksi-proksi mereka di kampus/universiti.



Inilah yang fenomena yang digagaskan oleh Parti Mahasiswa Negara (PMN) baru-baru ini. Mahasiswa secara politik kekuasaan telah mencabar bekas Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi atau Pah Lah.

Demi memperjuangkan hak dan politik nilai tersebut, mahasiswa telah pun melanggar semua seksyen AUKU ini. KPT juga telahpun menyatakan hasrat untuk mengkaji semula akta draconion AUKU tersebut. Banyak kelompok mahasiswa juga telah pun mencadangkan satu-satu akta alternatif atas pelbagai pertimbangan masing-masing.

Bagi saya, akta zalim seperti AUKU ini akan terus dipertahankan kerana AUKU ini merupakan suatu kelangsungan politik kuasa. AUKU ini hanya akan mansuh apabila satu-satu rejim terlebih dahulu tumbang menyembah bumi.

Sebagai contoh, pemansuhan Normalisasi Kehidupan Kampus (NKK) di Indonesia dilakukan selepas rejim Suharto ditumbangkan oleh mahasiswa. Untuk menangani politik kuasa dalam konteks Malaysia, kita juga seharusnya bertindak secara politik (nilai) juga dengan mobilisasi mahasiswa dan rakyat demi menumbangkan rejim zalim UMNO/BN sendiri.

Dari sudut lain, pasca pengenalan AUKU juga telah mengakibatkan rata-rata mahasiswa dikuasai oleh culture of fear dan complacent zone. Akhirnya, graduan Universiti mungkin berjaya dari segi pencapaian CGPA (akademia), namun kurang daya servival, jatidiri, budaya berfikir dan tidak mampu tampil sebagai Universal Man sebagaimana yang dicita-citakan oleh Kerajaan ketika mahu menubuhkan Universiti.

Tuntasnya, pengenalan AUKU ini adalah suatu keputusan salah pihak Kerajaan. AUKU membunuh bakat dan potensi mahasiswa. AUKU mengakibatkan mahasiswa tandus idealisme. AUKU juga menyebabkan mahasiswa hari ini beraktivisme bukan dalam kerangka ‘politik nilai’ mereka.

PENUTUP: SARANAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan pada pandangan di atas, kita boleh membuat beberapa kesimpulan dan saranan.

PERTAMA, mahasiswa wajib beraktivitisme dalam kerangkanya tersendiri berteraskan ‘politik nilai’. Jangan kerana sikap optimisme kita terhadap perubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan rakyat tidak lama lagi menyebabkan kita bacul untuk menjadi independent group,pressure group, cataliyst, check and balance dan sebagainya.

Dalam kamus perjuangan kita, tidak ada sikap partisan atau ‘politik kuasa’ sama ada pada Kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Nilai yang betul patut dihargai, nilai yang salah patut disanggah.

KEDUA, AUKU wajib dimansuhkan. Tidak perlu tunggu AUKU ini menzalimi seseorang/sekelompok mahasiswa, baru kita tampil mengatakan AUKU ini sah zalim. Kezaliman AUKU sebenarnya perlu dilihat dalam tiga keadaan – (1)falsafah; (2)praktikal/perlaksanaan: dan (3)implikasi/natijah.

GMMA tidak perlulah cuba memansuhkan AUKU secara berperundangan kerana KPT sedang berpolitik (kekuasaan / politik kuasa) dengan kita. Elok, kita juga mengambil kira sisi politik KPT dan YB Dato’ Khalid Nordin ini sebelum merencana satu-satu aktivitisme kita selepas ini.

Jika mahasiswa dituduh jenayah, sila bawa mereka ke pengadilan mahkamah secara bebas. Dakwa mereka dengan undang-undang yang (munasabah) sedia ada. Kita tidak perlu AUKU kerana AUKU sah zalim.

KETIGA, Kerajaan dan parti-parti politik baik BN atau PR perlu melihat Gerakan Mahasiswa di Malaysia ini secara positif. Sekiranya tumbang satu-satu rejim, mahasiswa tetap mahasiswa dan dalam kerangka mahasiswa. Mahasiswa tidak akan mengambil tampuk kuasa, terus kekal dengan ‘politik nilai’ seperti yang sedia ada.

Jika PR memimpin Malaysia, PR juga perlu ingat bahawa kita tetap akan menjadi independent group,pressure group, cataliyst, check and balance dan sebagainya kepada Kerajaan pada waktu itu. BN yang ada pada hari ini juga perlu sedar, jika berlaku perlanggaran hak-hak asasi mahasiswa, kami tetap tampil sebagai independent group,pressure group, cataliyst, check and balance dan sebagainya kepada pihak BN juga.

Pokok pangkalnya AUKU perlu dimansuhkan kerana jika akta draconion ini tidak mansuh sekalipun, mahasiswa tetap dengan idealismenya – independent group,pressure group, cataliyst, check and balance dan sebagainya. AUKU telah lama kita langgarkan sebelum ini, mengapa hari ini kita mula menilai semula tindak-tanduk kita?

AUKU sepatutnya tidak patut ada dalam kamus perjuangan kita kerana banyak lagi peninggian nilai lain patut dicetuskan/diperjuangkan oleh kita hari ini demi memastikan generasi baru Malaysia kelak lebih menikmati kesejahteraan hidup di Malaysia.

WE UNITE FOR STUDENT’s AGENDA

Read more...

Wednesday, January 13, 2010

Forum Isu Semasa : Kalimah Allah





Read more...