Assalamu'alaikum

Selamat berkunjung ke blog saya...sebarang cadangan boleh di email kepada saya muhammadalfateh87@yahoo.com

Wednesday, April 1, 2009

Pengajaran Tarbiyah anak kucing


Jam telah menunjukkan pukul 8.45 pagi. Suasana sunyi sepi di Darul Jannah tiba-tiba bertukar. Satu suara yang kedengarannya seperti dalam keadaan penuh marah terdengar dari luar rumah. "Cis, kurang asam punya kucing...kurang ajar betul...habis penuh tahi atas kasut aku...tak pasal-pasal pulak kasut aku yang jadi mangsa...Arghh!!!Tu la pasal aku dah katakan..Lain kali jangan bawak balik kucing-kucing ni...lempar je kat tepi sungai ke kat mana-mana...menyusahkan betul". Fauzan (bukan nama sebenar) tiba-tiba naik angin pada pagi itu. Apa tidaknya, anak-anak Mimie,kucing belaan di Darul Jannah yang baru berusia dalam lingkungan 1 bulan setengah telah melepaskan 'peluru'nya. Dia yang kebetulan sudah hampir terlewat untuk ke kelas puan Fauziah berasa sangat marah dengan keadaan yang berlaku.



Dicarinya anak-anak kucing tersebut dan ditangkap lalu disumbat ke dalam baldi. Dia betul-betul marah pada anak-anak kucing tersebut. "Nah!! Rasakan...lain kali berak lagi atas kasut aku!!!".katanya dengan penuh rasa bengis kepada anak-anak kucing terbabit sambil menekan-nekan kepala anak kucing tersebut. Kemudian, tidak semena-mena, Mimie juga turut sama dipersalahkannya. Dijentik-jentiknya telinga si ibu kucing tersebut. "Hah,ni lagi sekor, engkau ni...pandai beranak aje...tapi tak reti-reti nak ajar anak berak kat lain..kasut aku jugak jadi mangsa tau...nah,ambik sekali.."Pedih telinga Mimie dijentiknya. Lalu berlarilah Mimie ke belakang rumah dengan kesakitan yang dirasai di telinganya akibat dijentik Fauzan. Maka, puaslah hati Fauzan pagi itu. Ditinggalkannya kasut yang penuh dengan tahi kucing terbabit dan dipakainya sandal untuk ke kelas. "Huh, Alhamdulillah, puas rasa hati aku.. sandal pun sandal la..."

Lalu, bergegaslah Fauzan ke tempat meletak motorsikalnya di bawah rumah. Syazwan (bukan nama sebenar) yang kebetulan terdengar kejadian itu semasa membaca Al-Quran di dalam bilik, tiba-tiba muncul keluar dari pintu rumah. Dilihatnya kasut Fauzan yang di'tembak' anak-anak kucing tersebut. Baunya memang tak tertahan. Dilihatnya juga anak-anak kucing yang dimasukkan Fauzan ke dalam baldi. Dengan lafaz "Astaghfirullah" yang bermain di dalam hatinya,beliau mendoakan agar mudah-mudahan Allah mengampuni dosa sahabatnya itu. Namun, beliau tetap tersenyum melihat gelagat Fauzan pagi itu. Lalu disapanya si Fauzan, "Zan, apsal la banyak-banyak kasut kat rak ni,kasut enta jugak yang anak-anak Mimie ni 'Preett'?mesti ada sumtin' tak kena ni...kasut enta tak pernah basuh kot??hehe...anak kucing ni pon ingat enta dah tak nak pakai kasut ni..". Syazwan cuba bergurau. "Argghh,Enta pon sama ja..dah la...ana dah lewat ni..."balas Fauzan, berangin betul dia pagi ni... "Eh...kejap...kalau ye pon...tukar la sandal tu...Jangan sebab marahkan anak kucing sampai peraturan pon tak nak ikut...Nah ana pinjamkan enta kasut ana.."Lalu Syazwan memberikan kasut barunya kepada Fauzan untuk dipakainya ke kelas. Terdetik dalam hati Fauzan rasa segan dengan sahabatnya itu. Namun, diambilnya juga dan ditukar dengan sandalnya tadi. Tanpa berkata apa-apa, beliau terus bergegas ke kuliah. Syazwan tersenyum melihat telatah sahabatnya itu.

sambil melihat kepda anak-anak kucing itu. Syazwan dengan penuh belas kasihan melepaskan semula anak-anak kucing yang dikurung Fauzan dalam baldi tadi. Diusap-usapnya kepala anak-anak kucing itu dan dia juga kemudiannya ke dapur menyediakan makanan untuk kucing-kucing tersebut. Mulianya hati Syazwan terhadap anak-anak kucing di Darul jannah peliharaan mereka.

Dia kemudiannya,terpandang kepada kasut sahabatnya si Fauzan yang berlumuran dengan najis anak-anak kucing itu. Tanpa berkata apa-apa, diambilnya kasut itu lalu dibuangkan najisnya. Dikoreknya pasir diluar rumah,lalu dibuangkan tahi kucing terbabit ke dalamnya dan dikambus semula. kasut itu kemudiannya dibasuh dengan menggunakan air pili diluar rumah. Diberusnya penuh teliti dan bersungguh-sungguh agar kesan-kesan najis tersebut betul-betul hilang dari kasut sahabatnya itu. Selesai membasuh, dijemurnya pula di atas tangga rumah menghadap cahaya matahari pagi yang sangat ceria. Alhamdulillah, cuaca dikurniakan Allah sangat baik. Menanti teriknya pula pada tengahari.

Beberapa jam kemudian...

Jam telah menunjukkan pukul 5.15 petang. Deruan motorsikal Fauzan kedengaran dari kejauhan. Sampai saja di rumah, dilihatnya Syazwan sedang bermain dengan anak-anak Mimie. "Wan, buanglah anak kucing tu...jangan main...kotor...dah la berak tak reti..kang dia berak lagi kang...ana tak tahu..."Tebal benar prasangkanya terhadap anak-anak kucing itu. "Takpe Zan,ana dah train anak-anak kucing ni berak kat luar ni ha...Lepas ni kasut enta tak la jadi mangsa lagi..". Sebut pasal kasut, Fauzan lalu terpandang ke arah kasutnya yang masih berjemur di atas tangga. "Eh, siapa yang tolong basuh kasut ana ni Wan?"Tanya Fauzan kehairanan. "Eh, lupa pula nak angkat kasut..Hah,Sape lagi...Anak-anak kucing ni la...diorang yang berak...diorang la yang kena basuh...hehe" Syazwan cuba melawak 'makan dalam' dengan Fauzan.. "Enta ni, ada saja la tu nak kenakan ana...ni mesti enta yang basuh kan?Terima kasih la...sorry la tak pasal-pasal enta lak yang tolong basuh..."Fauzan sedikit terharu dengan tindakan sahabatnya itu.

"Zan, macam ni la ana nak bagitau enta. maaf kalau enta tak suka ana bercakap macam ni. Cuba bayangkan kalau enta berterusan macam pagi tadi. marah-marah anak kucing. lepas tu, dera pulak dengan masukkan mereka dalam baldi. terseksa tak mereka duduk dalam tu tak boleh keluar??Anak kucing syeikh...cuba fikir sikit...mereka terseksa tau duduk dalam tu,sempit kemudian tak boleh nak panjat keluar. Adakah sebab mereka bukan manusia yang menghalalkan kita perlakukan mereka macam tu?Diluar sana bukan main lagi.kita la paling lantang hentam hentam kezaliman,ISA itu ini padahal kita sendiri buat zalim dengan makhluk Allah kita lupa. Enta meradang dengan kucing adakah kucing tu akan faham apa enta cakap??"Syazwan cuba menegur sahabatnya itu. Fauzan tunduk rasa bersalah mendengar kata-kata Syazwan itu.

"Tu satu...yang kedua....cuba enta fikir, dari enta meradang dan meracau bukan-bukan pagi tadi...adakah selesai masalah enta???Adakah kasut enta tiba-tiba je jadi bersih dari najis kucing dengan enta marah-marah??Allah uji enta dengan najis binatang je enta dah failed..padahal kalau enta bersabar,bertenang,ambil kasut tu dan basuh najis tu tah ke pahala besar Allah akan bagi...Binatang ni Allah tak jadikan sia-sia tau..Kita pelihara mereka dengan baik,cuci kotoran mereka tah ke rahmat besar Allah limpahkan kepada kita...mereka ni ibaratnya special agen Allah datangkan kepada kita semata-mata nak bagi bonus kat kita.. Bacalah kisah-kisah ulama' besar,mereka dirahmati Allah antara sebabnya adalah kerana mereka berlaku baik dengan binatang...Imam Al-Ghazali contohnya...Anak murid dia ceritakan bahawa dia bermimpi berjumpa dengan beliau dalam syurga...apabila anak muridnya itu bertanya apakah amalan yang dilakukan sehingga beliau ditempatkan di Syurga??beliau menjawab,sewaktu beliau menulis kitab dengan mata pena bulu ayamnya,tiba-tiba seekor lalat hinggap pada penanya dan menghisap dakwat pena itu...beliau membiarkan sahaja lalat tersebut minum sampai kenyang...lalu lalat itu terbang...perbuatan beliau membiarkan lalat itu hinggap di mata pena itulah yang Allah kira untuk tempatkan beliau di Syurga..Subhanallah...Cuba kita fikirkan...Sedangkan kita tahu,ulama' macam beliau bukan setakat itu sahaja amalan dia...beliau beramal ibadat bukan setakat sempurna mengerjakan yang fardhu semata-mata...malah,amalan sunnat yang terterhingga...itu pun bukan sebab Allah tempatnya di syurga...tapi Allah tempatnya di Syurga sebab apa??diselamatkan oleh seekor lalat..kalau lalat yang dianggap kotor pon bermanfaat untuk membawa seorang ulama' sehingga ke Syurga,inikan pula binatang lain...Kucing...binatang kesayangan Rasulullah syeikh..."Hurai Syazwan kepada Fauzan membuatkan beliau terpaku dan terus terkedu. Sambil memekup mukanya, beliau beristighfar sebanyaknya memohon keampunan dari Allah...Astagfirullah...

"Sudahlah Fauzan, maafkan ana...bukan niat ana nak cakap begitu pada enta,tapi ana wajib menyedarkan sahabat-sahabat ana...enta sekalipun berhak terhadap salah silap yang ana buat...enta wajib tegur ana kalau ana lakukan kesalahan...Beginilah Fauzan...sebenarnya ada yang ana nak bawa kepada enta...Iaitu, Soal tarbiyyah kita...Kita kena Ingat Zan, kita diciptakan Allah untuk menjadi khalifah-Nya di muka bumi ni...kita ni pemimpin syeikh...tarbiyyah kita kini adalah untuk menjadi seorang pemimpin...bukan lagi ditarbiyyah untuk menjadi pembangkang yang setia...we are no more good demonstrator...Kalau kita sebagai pemimpin,bila kita nampak tahi kucing,kita bukannya hanya tahu marahkan kucing yang berak...kita bukan hanya tahu hendak salahkan keadaan yang berlaku...tapi tanpa bercakap banyak,kitalah yang merubah keadaan tersebut...ambil kasut yang penuh dengan tahi itu,pergi buang...ingatlah,kita adalah reformis...kalau ada penganjuran Battle of The Band, kita bukan sekadar tahu menghentam...hantar memorandum dan sebagainya...tapi kitalah yang bertanggungjawab menunjukkan kepada masyarakat apa itu Battle of The Band yang 'sebenar'nya"kata-kata Syazwan itu sekaligus mencelikkan semula Fauzan dari terus sugul.Mereka kemudiannya berpelukan erat.

"Syukran Ya Akhi,Sesungguhnya anak kucing memberikan pengajaran yang cukup besar kepada ana hari ini..."Balas Fauzan sambil tersenyum...

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (‘Ali-‘Imran:200)



No comments:

Post a Comment