Assalamu'alaikum

Selamat berkunjung ke blog saya...sebarang cadangan boleh di email kepada saya muhammadalfateh87@yahoo.com

Monday, May 31, 2010

Judi dan Hulago Khan!!!!



Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP berbangsa Cina yang juga merupakan seorang bukan Islam ketika berceramah di Kelantan, 'bertazkirah' tentang kesan buruk judi kepada sistem sosial masyarakat. Kesan buruknya sehingga mampu meruntuhkan institusi penting iaitu keluarga dan masyarakat.Itulah hikmah Islam mengharamkan judi.Orang Cina sendiri telah menolak judi katanya.Maka,kalau kerajaan boleh meluluskan judi,bermakna kerajaan rela melihat non-muslim menjadi rosak dan porak peranda. Adakah ini terjemahan dan manifestasi 1 Malaysia???!!!

Isu yang sebenarnya, setelah judi sukan ini diluluskan, bermakna 'everyone can bet'. Setiap orang boleh berjudi tanpa perlu ke kasino mahupun premis judi berhampiran.Hanya semudah melayari internet dan berSMS sahaja. Media membodohkan kita dengan mengatakan ia hanya diluluskan kepada non-Muslim.

Kalau bangsa lain sudah menolak judi atas keburukannya. Apa lagi alasan pihak yang terbabit untuk meluluskannya?Tak lain hanya kerana mahukan pendapatan dari hasil judi setelah hasil pendapatan negara yang lain disalahgunakan. Ingatlah,penggemar judi (kaki judi) tidak pernah kaya dalam sejarah perjudian.Yang menjadi kaya hanyalah pemilik dan Taukey judi.

Alasan paling tidak munasabah diberikan pihak terbabit ialah"Kita tak mampu membendung kegiatan judi, kalau kita haramkan, mereka boleh berjudi juga di pasaran gelap. Kita tak dapat duit. Maka, lebih baik kita luluskan lesen judi, kerajaan pun boleh dapat duit." Jenis 'otak duit' beginilah yang membunuh moral manusia. Maka, lepas ini mungkin disebabkan kita tak mampu membendung kegiatan pengedaran dadah, justeru kita beri lesen kepada pengedar dadah. Begitu juga pelacuran dan kegiatan yang tak bermoral lainnya.

Teringat ketika Hulago Khan membantai umat Islam di Baghdad semasa era pemerintahan Abbasiyah yang penuh dengan budaya hedonistik dan keruntuhan moral. Hulagu Khan bertazkirah kepada umat Islam yang telah hilang Islamnya ketika itu bahawa "Aku adalah bencana yang diutuskan oleh Tuhan kamu atas dosa yang telah kamu lakukan." Lalu pembantaian umat-umat Islam dilakukan sehingga masyarakat ketika itu menjangkakan dunia telah kiamat apabila melihat angka korban yang begitu dahsyat.

No comments:

Post a Comment