Assalamu'alaikum

Selamat berkunjung ke blog saya...sebarang cadangan boleh di email kepada saya muhammadalfateh87@yahoo.com

Tuesday, June 16, 2009

Respon UTHM terhadap isu Diploma Pendidikan KUiTTHO tak diiktiraf JPA

Diploma UTHM diiktiraf JPA
Sumber:Berita Harian

MERUJUK aduan pengadu 'MIS', Johor Bahru bertajuk 'Status Diploma KUiTTHO dipersoal' yang disiarkan pada 11 Jun lalu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) ingin mengesahkan bahawa semua program diploma yang ditawarkan, termasuk Diploma Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan seperti aduan sudah mendapat pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) melalui surat bertarikh 20 November 2006.

Program itu setaraf Diploma Kejuruteraan dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Pengesahan pengiktirafan semua program yang ditawarkan di UTHM boleh dilihat melalui laman web JPA di ruangan pengiktirafan kelayakan.

Berhubung aduan pembaca dari Batu Pahat di ruangan ini pada 4 Jun pula, iaitu mengenai penempatan graduan, pihak UTHM ingin menyatakan ia di luar bidang kuasa universiti. Bagaimanapun, persoalan ini akan dibangkitkan kepada pihak berkenaan di Kementerian Pelajaran.

UNIT PERHUBUNGAN AWAM,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


1 comment:

  1. masalah yang timbul bukan sebab jpa tidak iktiraf, masalah yang timbul adalah kerana diploma kejuruteraan serta pendidikan yang ditawarkan di UTHM hanya setaraf dengan diploma kejuruteraan biasa...

    so, bekas pelajar jurusan ini tidak dapat memohon sebagai guru kerana tidak memiliki iktisas pendidikan yang diiktiraf...

    jadi pada pendapat saudara siapa yang bersalah dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?

    ReplyDelete