Assalamu'alaikum

Selamat berkunjung ke blog saya...sebarang cadangan boleh di email kepada saya muhammadalfateh87@yahoo.com

Sunday, March 29, 2009

Pilihanraya Jawatankuasa Kolej Kediaman

HEP/UTHM

PEMILIHAN JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN SESI 2009/2010

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TANGGUNGJAWAB PENGUNDI

Semua pelajar yang namanya terdapat dalam senarai daftar pengundi adalah berkewajipan untuk hadir mengundi bagi jawatan yang dipertandingkan.



PROF. IR. DR. AMIR HASHIM BIN MOHD. KASSIM

Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) Selaku
Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman Sesi 2009/2010











PEMILIHAN JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN SESI 2009/2010



Dengan pengisytiharan Notis Pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman, maka dengan ini

Jawatankuasa Kolej Kediaman Sesi 2008/2009 adalah terbubar.



Dengan ini dimaklumkan bahawa Pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman untuk memilih Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua-Ketua Biro Kolej Kediaman bagi Sesi 2009/2010 akan diadakan pada

1 April 2009 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia seperti maklumat berikut:



1. PENAMAAN CALON



Hari Penamaan calon bagi Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua-Ketua Biro akan diadakan pada masa berikut :



Tarikh : 26 Mac 2009

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Masa Bantahan: 11.00 pagi hingga 12.00 t/hari

Masa Rayuan : :12.00 t/hari hingga 1.00 petang



i.

Tempat

Penghuni Kolej Kediaman Tun Dr Ismail – Dewan Aktiviti KKTDI

ii. Penghuni Kolej Kediaman Tun Fatimah – Dewan Aktiviti KKTF

iii.Penghuni Kolej Kediaman Tun Syed Nasir – Ruang Kafeteria KKTSN

iv. Penghuni Kolej Kediaman Perwira – Dataran KKP

v. Penghuni Kolej Kediaman Melewar – Hadapan Pejabat KKM

vi. Pelajar Tanpa Asrama – Lobi HEP



2. SYARAT-SYARAT BERTANDING



2.1 Calon hanya boleh bertanding secara individu sahaja dan tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan.



2.2 Calon hanya boleh dicadangkan bagi satu jawatan sahaja samada mana-mana satu jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau Ketua Biro.



2.3 Calon, Pencadang dan Penyokongnya hendaklah membawa kad pengenalan atau kad matrik pada masa Penamaan Calon.



2.4 Semua Calon boleh mendapatkan Borang Penamaan Calon dari mana-mana Pejabat Kolej Kediaman mulai 20 Mac 2009.



2.5 Calon tidak dibenarkan menarik diri daripada bertanding selepas jam 11.00 pagi, 26 Mac 2009 .





3. JAWATAN YANG DIPERTANDINGKAN



3.1 Ahli Majlis Tertinggi



3.1.1 Pengerusi

3.1.2 Timb. Pengerusi

3.1.3 Setiausaha

3.1.4 Bendahari



3.2 Ketua-Ketua Biro



3.2.1 Ketua Biro Kebajikan dan Pengaduan Awam

3.2.2 Ketua Biro Keusahawanan

3.2.3 Ketua Biro Informasi dan Penerbitan

3.2.4 Ketua Biro Akademik dan Intelektual

3.2.5 Ketua Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan

3.2.6 Ketua Biro Kerohanian dan Etika



4. KELAYAKAN SEBAGAI CALON



4.1 Pelajar yang layak menjadi calon ialah pelajar UTHM yang berdaftar dan tergolong di bawah kategori berikut:



(a) Pelajar yang telah menduduki peperiksaan akhir di UTHM dan mempunyai CPA minima 2.60.

(b) Pelajar yang bebas daripada sebarang prosiding dan hukuman tatatertib kecuali kesalahan lalulintas.

(c) Pelajar yang tidak berada di tahun akhir pengajian. (sesi 2009/2010)

(d) Pelajar Warganegara Malaysia.



5. DAFTAR CALON



5.1 Senarai daftar calon akan dipamerkan di papan kenyataan di lokasi penamaan calon mulai jam 11.00 pagi, 26 Mac 2009 bagi semua jawatan yang dipertandingkan.



5.2 Calon yang borang penamaannya ditolak oleh Pegawai Pemilihan adalah berhak untuk membuat rayuan dengan membuat permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan melalui Pengetua Kolej Kediaman masing-masing tidak lewat dari jam 1.00 petang, 26 Mac 2009.



5.3 Calon yang layak bertanding akan dipamerkan selepas tempoh rayuan.



6. BANTAHAN



Calon/wakil boleh membuat bantahan terhadap mana-mana calon lain yang bertanding mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 t/hari pada 26 Mac 2009 dengan mengemukakan borang bantahan kepada Pegawai Pemilihan.

7. TAKLIMAT KEPADA CALON DAN WAKIL



Taklimat kepada semua calon dan wakilnya akan diadakan oleh Urusetia Pemilihan pada jam 3.00 petang, 26 Mac 2009 bertempat di Dewan Aktiviti KKTDI, UTHM.



8. KELAYAKAN PENGUNDI



8.1 Pelajar yang menghuni di kolej kediaman layak mengundi di kolej kediaman masing-masing sahaja.



8.2 Pelajar Tanpa Asrama hanya layak mengundi untuk calon-calon Pelajar Tanpa Asrama sahaja.



8.3 Pelajar hendaklah membawa kad matrik atau kad pengenalan sewaktu datang mengundi



8.4 Semua pelajar dikehendaki menyemak daftar pengundi di pejabat kolej kediaman masing-masing bermula 18 Mac 2009.



9. PERATURAN MENGUNDI



Peraturan berikut hendaklah dipatuhi semasa mengundi:



9.1 Jawatan Ahli Majlis Tertinggi



DIWAJIBKAN menanda pangkah (X) bagi EMPAT (4) calon Ahli Majlis Tertinggi sahaja.



9.2 Jawatan Ketua-Ketua Biro



DIWAJIBKAN menanda pangkah (X) bagi ENAM (6) calon Ketua-Ketua Biro sahaja.



10. PIDATO UMUM DAN KEMPEN



10.1 Calon dibenarkan mengadakan pidato umum untuk dirinya mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan.



10.2 Pidato umum dibenarkan hanya pada tempat tertentu dan permohonan untuk mengadakan pidato perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan



10.3 Sebarang ucapan, tulisan atau lakaran dalam apa juga bentuk yang menyentuh isu sensitif dan subversif kepada mana-mana pihak tidak dibenarkan sama sekali.



10.4Semua poster calon, kertas biodata dan manifesto calon akan dicetak di Pejabat Kolej Kediaman masing-masing . Calon dilarang menggunakan khidmat percetakan luar.



10.5Pidato umum dan kempen yang dibenarkan boleh diadakan seperti berikut:



Tarikh Masa

26 Mac 2009 5.00 petang hingga 12.00 malam

27 -31 Mac 2009 9.00 pagi hingga 12.00 malam



10.6Kawasan berpidato adalah terhad di kawasan kolej kediaman UTHM termasuk kawasan –kawasan yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan.



11. HARI MENGUNDI



Tarikh : 1 April 2009

Masa : Mulai jam 9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat :   i) Semua Kolej-Kolej Kediaman UTHM

ii) Makmal Komputer PTM 1 (Dalam Kampus)- PTA

iii) Makmal Komputer PTM Kampus Bandar



12. PENGIRAAN UNDI



Tarikh : 1 April 2009

Masa : Selepas jam 4.30 petang

i.

Tempat

Kolej Kediaman Tun Dr Ismail – Dewan Aktiviti KKTDI

ii. Kolej Kediaman Tun Fatimah – Dewan Aktiviti KKTF

iii.Kolej Kediaman Tun Syed Nasir – Ruang Kafeteria KKTSN

iv. Kolej Kediaman Perwira – Makmal Komputer KKP

v. Kolej Kediaman Melewar – Hadapan Pejabat KKM

vi. Pelajar Tanpa Asrama – Makmal Komputer PTM 1(Dalam Kampus)



13. KEPUTUSAN PEMILIHAN



13.1Pengumuman calon yang berjaya dalam pemilihan akan dibuat sebaik sahaja pengiraan undi dan keputusan disahkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan.



13.2Calon, Pencadang dan Penyokong dikehendaki hadir semasa pengumuman keputusan Pilihanraya.



14. BANTAHAN TERHADAP KEPUTUSAN UNDI



14.1 Sebarang bantahan terhadap keputusan undi yang diumumkan hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan.



14.2 Keputusan mengenai bantahan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Rayuan dan keputusannya adalah muktamad.



15. TEMPOH JAWATAN



Tempoh perkhidmatan ahli Majlis Tertinggi dan Ketua-Ketua Biro adalah selama satu tahun atau sehingga pemilihan diadakan semula.



16. PEGAWAI PEMILIHAN



16.1 Jawatankuasa Induk Pemilihan terdiri daripada :

Pengerusi :

Timbalan Naib Canselor HEPA

Timb. Pengerusi :

Pengerusi Majlis Pengetua

Setiausaha :

Penolong Pendaftar Kanan Unit Perumahan

Ahli :

Semua Pengetua Kolej Kediaman: Timb. Pendaftar HEP: Pengurus Pusat Teknologi Maklumat dan: Penolong Pendaftar Unit Perundangan



16.2 Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan terdiri daripada :



Pengerusi :

Semua Pengetua Kolej-Kolej Kediaman

Setiausaha :

Semua Penolong Pengurus Asrama Kolej-Kolej Kediaman

Urusetia :

Timb. Pengetua, Felo-felo kolej kediaman dengan kerjasama Unit Pentadbiran Kolej-kolej Kediaman



16.3Jawatankuasa Rayuan :



Pengerusi :

Ketua Juruaudit Dalam

Setiausaha :

Penolong Pendaftar Unit Tatatertib Pelajar

Ahli

: Penolong Pendaftar Pejabat TNC HEPA dan : Penolong Pendaftar Unit Perundangan



17. PERTANYAAN



Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan di Pejabat Kolej-Kolej kediaman dan PTA.

No comments:

Post a Comment