Assalamu'alaikum

Selamat berkunjung ke blog saya...sebarang cadangan boleh di email kepada saya muhammadalfateh87@yahoo.com

Tuesday, March 17, 2009

Kriteria Anggota Hamas & Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam

dipetik dari sahabatku akhi Fadlullah (acheh)

Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah ( Hamas ) dideklarasikan secara rasmi sekitar
bulan Disember 1987 iaitu saat kemuncak permulaan Intifadhah Palestin yang
pertama. Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul sejak pasca
perang 1973 lagi kerana Hamas adalah lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Mesir yang
telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi menghadapi kemaraan penjajah
Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Maka Ikhwan
menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan lahirlah Hamas dari situ.




Qaid Hamas yang pertama sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang
akhirnya gugur sebagai syahid tanggal 22 Mac 2004 setelah beberapa kali beliau
mendekam dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke atasnya. Jawatan
Qa'id Hamas berikutnya digantikan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi.
Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai qa'id kurang dari sebulan sahaja
kerana dibedil oleh helicopter Apache Israel tanggal 18 April 2004. Akhirnya,
Hamas kini mengambil pendekatan tidak menzahirkan lagi siapa qa'id mereka yang
sebenar sekarang dan hanya menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti
Biro Politik Hamas, Sheikh Khalid Mish'al, Abu Marzouq , Sami Abu Zuhri dan
lain-lain.


Dalam perjuangan seharian, Hamas menghadapi dua ancaman besar iaitu serangan
bersenjata Israel dan perlawanan serta pengkhianatan dari parti kebangsaan dan
secular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas. FATAH adalah lanjutan dari
Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan Yaser Arafat. Pergerakan Fatah
dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan Amerika sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan
Arab dan pemimpin-pemimpin Negara umat Islam lainnya, sering menghentam Hamas
seolah-olah gerakan inilah punca ketidakdamaian yang berlaku. Bantuan-bantuan
yang disampaikan oleh Negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada Fatah
dan tidak akan sampai ketangan Hamas.


Bagi menghadapi situasi ancaman dua musuh ini, Hamas mengambil sikap menghadapi
Israel melalui serangan bersenjata dan menghadapi Fatah dengan cara melibatkan
diri sebagai parti politik untuk menguasai kerajaan Palestin yang dipegang oleh
Fatah. Membunuh anggota Fatah yang memusuhi Hamas adalah sesuatu yang tidak
bijak yang hanya akan menambah musuh baru sahaja. Inilah kehebatan pandangan
para pimpinan Hamas menghadapi suasana politik di Negara mereka saat ini.


Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam


Menjadi anggota Hamas samada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat
Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah
gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok
tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu
Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang
kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.


Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan
kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan
beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota
Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :


1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu
bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.


2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan
bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh
berjama'ah di masjid.


3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok
pun tidak.


4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur'an.


5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur'an sehari satu juz'.


6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba'in ( Imam Nawawi ).


7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.


8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis
bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur'an, ilmuwan dan intelektual Palestin.


9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.


10) Melazimi zikir harian.


11) Melazimi olahraga atau beriadhah.


12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan
dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.


Catatan pengalaman anggota Misi Kemanusian Indonesia


Ketika, Dr.Joserizal Jurnalis, doctor spesialis bedah tulang (orthopedy) yang
merupakan Ketua Presidium Medical Emergency Resque Committee ( MER-C) di
Indonesia yang sering terlibat dalam misi kemanusian dipelbagai belahan dunia
pulang dari Gaza baru-baru ini, beliau menyebut mengenai pejuang Hamas:


" paling tidak, setiap pejuang harus boleh menembak tepat sebagai kemampuan
standard. Mereka berumur minima 18 tahun "


Untuk menguji sejauhmana, tetamu mereka bukan inteligen Israel, maka Hamas atau
Brigade Al-Qassam akan membuat ujian terlebih dahulu. " saya sempat bertemu
anggota Al-Qassam dan apabila tahu saya bukan Hafiz Al-Qur'an, saya ditest dulu
oleh mereka. Mereka sempat bertanya saya Muslim atau tidak? Saya jawab "ya".
Setelah itu mereka bertanya saya tentang hafazan Al-Qur'an. Saya pun membaca
Surah Al-A'la. Setelah itu mereka langsung memeluk saya. Kemudian mereka pun
membuka album foto saat latihan dan membela diri dan saya memberitahu mereka
supaya berhati-hati kerana tidak semua doctor baik (tujuannya) ".


" ketika saya masuk ke Afghanistan dulu, bukan sekadar hafazan Qur'an yang
ditanya oleh pejuang-pejuang Afghan. Mereka sangat mahir dalam menghadapi
penyusup (intelegen). Kerana agen Mossad( perisikan Israel ) dan agen Russia
juga ada yang hafaz Al-Qur'an. Pertanyaan mereka saya tidak duga. Mereka menanya
saya siapa bapa saudara Rasulullah? Dihadapan saya senjata M60 sudah terdongak.
Padahal pada awal pertemuan, biasa sahaja, tapi lama kelamaan berubah menjadi
interogasi (soal selidik). Mereka juga menanya saya siapa anak kesayangan
Rasulullah"


" Ini dibuat kerana mereka tahu agen Soviet, NATO, Amerika atau Britain juga
telah menyiapkan hafazan ayat-ayat Al-Qur'an, tetapi biasanya mereka akan lupa
apabila berhadapan pejuang Afghan. Mereka akan gugup apabila ditanya".


" hafaz Al-Qur'an adalah standard anggota Al-Qassam. Pada saat menunggu untuk
melakukan serangan, mereka menghafaz Al-Qur'an dan menghayati ayat-ayatnya,
bukan minum kopi, mereka, apalagi berbual-bual. Dari pelbagai informasi yang
saya terima, setiap anggota mereka hanya dibekali dengan sebotol air minum
(mineral kecil) 250 ml dan makanan sekadarnya untuk tempoh dua hari. Padahal
dalam sebuah front, pertempuran boleh menjadi lebih dari seminggu".


" Inteligen Mesir, Israel, Amerika, Negara-negara Eropah dan Negara Timur Tengah
lainnya, banyak berkeliaran di Gaza dan Tebing Barat saat perang baru-baru ini.
Tapi Hamas pintar menjaga kerahsiaan. Banyak inteligen adalah rakyat Palestin
sendiri yang dibayar oleh agen-agen asing. Memang ada sahaja rahsia yang bocor.
Contohnya, ada sebuah gudang dibom Israel sampai tembus ke bahagian dalam dan
bawah tanah. Ternyata tempat itu adalah tempat perkumpulan pejuang Palestin.
Israel telah tahu dari mata-mata bayaran mereka".


Catatan: Ini bermakna, mempelajari Sirah dan menghafaznya adalah syarat bagi
pejuang Afghanistan dan Palestin.


Melihat kepada criteria ini, maka wajarlah kalau Hamas yang dihentam teruk dalam
tempoh 22 hari saat serangan Israel ke atas Ghazzah baru-baru ini dan ditambah
lagi dengan beberapa hari serangan tambahan, mampu bertahan bahkan menghasilkan
korban yang banyak di pihak Israel baik tentera mahupun rakyatnya.


Hamas bukanlah sebuah gerakan jihad yang terlalu mempercayai statistic atau
jumlah pihak lawan, namun disudut lain mereka optimis bahawa `bantuan dari
langit' adalah penting. Maka bantuan khusus dari Allah dan para Malaikatnya ini
tidak mungkin dianugerahkan kepada mereka yang tidak mencukupi syarat sebagai
pejuang dan tidak serius. Apatah lagi pejuang yang tidak mempunyai hubungan baik
dengan Allah dalam urusan ibadahnya atau sering membiasakan diri dengan maksiat
dan kemungkaran.


Fakta Menarik:


a) Dalam pilihanraya 2006, Hamas berjaya memenangi 74 kerusi dan Fatah hanya 45
sahaja.


b) Di Palestin ada 16 daerah besar iaitu 11 di Tebing Barat dan 5 daerah di
Semenanjung Ghazzah.


c) Hamas berjaya menguasai 6 kerusi di Jerusalem, 4 kerusi di Jenin, 3 kerusi di
Tulkarem, menang kesemua kerusi di Tubas, berjaya mendominasi di Nablus, 5
kerusi di Ramallah dan Al-Birreh, 4 kerusi di Baitlehem dan berjaya memenangi
semua kerusi di Jericho dan Qalqiya.


d) Di Ghazzah semua daerah disapu bersih oleh Hamas seperti Hebron, Gaza Utara,
Gaza City, Deir Al-Balla, Khan Yunus dan Rafah.


e) Rakyat Palestin ditarbiyyah dengan budaya keilmuan yang tinggi walaupun
berada dalam kondisi pengajian yang terbatas akibat situasi peperangan. Namun,
dalam setiap kali konvokesyen di Palestin, terdapat 3500 orang Hafidz yang
berjaya dilahirkan. Maka Israel menjadikan anak-anak kecil sebagai sasaran
serangan mereka kerana melihat bahayanya anak-anak kecil yang ditarbiyyah
sebegini hebat dengan jiwa Al-Qur'an.


f) Sangat menakjubkan dalam tempoh 22 hari serangan Israel ke atas Gaza yang
mengorbankan lebih 1300 orang dan mencederakan ratusan yang lain, Allah
menggantikan dengan kelahiran seramai 3150 bayi-bayi baru Palestin dalam tempoh
22 hari itu.


3 Tokoh Yang Menjadi Inspirator Jihad Hamas


1) As-Syahid Yahya Ayyash – nama sebenarnya adalah Yahya Abdul Latif Ayyash,
seorang jurutera yang merupakan individu penting dalam membuat bom dan merancang
aksi-aksi bom syahid. Kehebatan beliau menyamar menyebabkan Israel menggelarnya
" Lelaki Dengan Seribu Wajah ". Beliau lahir pada 22 Feb 1966 dan syahid pada
Jumaat, bulan Jan 1996 apabila telefon tangan yang diangkatnya meletup dan
meledakkan dirinya. Rupanya, telefonnya itu telah dipasang bom seberat 50 gram.


2) As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin – nama sebenarnya adalah Ahmad Ismail Yasin,
lahir tahun 1938 di Utara Gaza dan menjadi sheikh atau murabbi kepada pergerakan
Hamas. Dengan tubuh badan yang hampir lumpuh sebahagiannya akibat penderaan
didalam penjara Israel dan penjara kerajaan Palestin sendiri, dirinya tetap
menjadi kebimbangan yang cukup menakutkan Israel. Arahan beliau dan nasihatnya
kepada rakyat Palestin dan pejuang Hamas ibarat malapetaka bagi Israel. Beliau
syahid tanggal 22 Mac 2004 selesai Solat Subuh di masjid setelah dibedil 3
peluru dari Apache Israel.


3) As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi – nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Ali Abdul
Hafiz Ar-Rantisi, lahir tanggal 23 Okt 1947 dan syahid dibedil Apache Israel
pada 18 April 2004.


Sumber rujukan:

Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Feb 2009 – edisi 15.

Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Mac 2009 – edisi 17.

No comments:

Post a Comment