Assalamu'alaikum

Selamat berkunjung ke blog saya...sebarang cadangan boleh di email kepada saya muhammadalfateh87@yahoo.com

Friday, March 27, 2009

Konsep Qiyadah dan Jundiyyah

“Sesungguhnya Allah swt telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah. Lalu diantara mereka ada yang membunuh dan ada ayang terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam kitab Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa)jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar” (Surah At-Taubah : 111)


"Kamal, melalui perancangan kami..enta telah kami putuskan sebagai salah seorang calon MPP akan datang. Enta boleh ke tak?" jelas wakil jentera penyelaras Pro M, Taufiq kepada Kamal. Kamal yang baru sahaja bersama mereka sem yang lalu tercengang mendengar kata-kata tersebut. "Hah,biar betul abg?keputusan syuro ke ni?tapi bang,ana tak boleh bang.ana pengurusan ni tak tahu langsung" jelas kamal dilemma antara keputusan syuro dengan kemampuan dirinya" Keputusan syuro dik.tapi jangan risau,enta kami tengok ada kebolehan...kami yakin dengan enta...akademik enta pun bagus...harap dapat dikekalkan.."jelas taufiq menambahkan lagi kebingungan kamal..Buntu kamal memikirkannya berseorangan...mengenangkan kemampuan dirinya...dia kadang kala terfikir..."ini semua kerja gila ni...aku mana mengerti semua ni...aku mana tahu kepimpinan dan pengurusan..Argghhh"...kehidupannya selepas itu menjadi serba tak tentu...dipasangnya video-video ceramah politik...anwar Ibrahim...tok guru nik aziz...dan pimpinan-pimpinan yang lain...harapannya bakat kepimpinan tu dapat digarap melalui ceramah-ceramah pimpinan yang hebat-hebat ni...

beberapa hari kemudian...

"Kamal, macam mana?dah bersedia ka?PRK dalam sebulan lagi khabarnya."tanya taufiq kepada kamal. "Err,tak tahulah abg..dilemma jgak ni...dah seminggu ana tidak ke kelas memikirkan perkara ni...dengar ceramah tak henti-henti pon tak dapat selesai masalah ni"keluh kamal kepada taufiq membuatkan taufiq pula tercengang. "Hah,seminggu enta tak ke kelas?masyaAllah...kenapa macam tu Kamal?".Taufiq mula naik risau mendengarkan apa yang dilafazkan oleh Kamal. lalu kamal pun meluahkan segala isi hatinya.

"Abang,ana tahu peranan kita yang ada fikrah Islam ni,di kampus memang untuk menjadi pemimpin kepada masyarakat kampus khususnya mahasiswa. Tapi abang, ana sebutkan di sini. hatta Jamaah PAS atau mana-mana jamaah sekali pun diluar sana, mereka takkan pertaruhkan calon-calon yang belum lagi benar-benar masak..biarlah mereka terpaksa tunggu sampai 50 tahun sekali pun untuk membina generasi yang baik...selagi tarbiyah ahli tak mantap...selagi itu mereka takkan pertaruhkan sesiapa pun untuk tujuan itu...sebab ia akan menimbulkan fitnah kembali kepada jamaah...pentingnya soal tarbiyah untuk bentukkan dulu tentera-tentera...soal tarbiyah yang ana terima baru peringkat mengenali gerakan dan intima' menjadi ahli...ana tak di'train' atau ditarbiyah untuk menjadi pemimpin berhadapan dengan masyarakat, ana sangat risau nanti kepimpinan ana berterabur...akademik ana tah ke mana..akhirnya fitnah kepada kita semula...Adakah kita letak seseorang menjadi pimpinan dahulu kemudian baru kita nak tarbiyah...nak train mereka...betul ke macam tu??maaf la abang...ana tak pernah pertikaikan syuro..tapi ana tak disediakan untuk itu abang...Cuba abang fikir semula...ana baru lalui peringkat pertama...sedangkan banyak lagi kursus dan program peringkat lain yang ana tak lalui...ana betul-betul tak bersedia dan tak disediakan lagi abang"luah Kamal kepada taufiq membuatkan taufiq terdiam membisu lalu tunduk memikirkan kata-kata Kamal tadi...

"Ok...maafkan ana Kamal...mungkin betul juga kata-kata kamal tu...dan kamal sendiri yang lebih mengetahui keadaan diri kamal sama ada mampu memikul beban ini ataupun tidak...kami hanya nampak kamal dari sudut luaran sahaja..Beginilah...Kamal...siapa naqib usrah enta?" Tanya Taufiq..."Naqib Usrah??Erm...abang Khairul...kenapa ya?"tanya semula Kamal kepada Taufiq ingin mengetahui.."Bukan,ana nak tahu je...mungkin naqib enta dapat bantu enta tunjukkan serba sedikit soal pengurusan ni..so,enta akan mampu memimpin kelak"Jelas Taufiq. "Maaf la abang...sebenarnya...ana rasa...usrah abang khairul tak lebih dari hanya bukak buku ustadh mustafa mahsyur...ustadh fathi yakan...dan buku-buku yang pada ana,ana rasa ana pun boleh baca sendiri di bilik...Bukan ana nak perlekehkan ulama'-ulama gerakan...bahkan ana sangat meminati buku-buku mereka...terasa sangat bernilai ilmuan mereka..tapi,masalahnya...ana tak dapat nak implemen pon dalam kehidupan ana seharian...mungkin sewaktu ana keluar nanti dan berjuang bersama jamaah di luar,ana akan mampu implemennya diluar..dalam usrah yang membincangkan buku setinggi itu...Ana pernah cadangkan kepada abang khairul tempoh hari untuk membincangkan tentang buku 'pengurusan organisasi' karangan seorang penulis tempatan selain buku-buku fikrah biasa..namun,dia tolak...katanya buku karangan ulama' gerakan Islam ni sepatutnya lebih kita utamakan...apa boleh buat??"balas Kamal..

"Baiklah...kalau macam tu...walaupun ana ni tak sehebat mana..tapi,memandangkan atas pengalaman ana selaku bekas MPP...mungkin ana boleh bantu enta kot..ana akan cuba." jawab taufiq cuba merasionalkan semula keadaan.

beberapa minggu kemudian...tibalah hari penamaan calon...sebelum itu, proses pembelian borang telah berlangsung..."Kamal, macam mana?dah bersiap sedia nak jadi calon MPP?borang dah diisi atau belum?"tanya Taufiq mendapatkan kepastian terakhir sebelum Kamal menyerahkan borang.. "Siap...bahkan ana beli sendiri borang di pejabat HEP tau...ana isi minggu lepas lagi dan semak bersama-sama sahabat-iah yang lain..terima kasih abg atas 'Tarbiyah' abg berikan kepada saya sepanjang tempoh tak sampai sebulan ni...jasa abg amat saya hargai...Best la berusrah kepimpinan dengan abang...nanti bila-bila buat la lagi...ana akan cuba join...hehe"Kamal sangat bersemangat pada hari penamaan calon...sekaligus menceriakan taufiq yang sebelum ini sangat resah melihat ketidaksediaan kamal menanggung beban meneriama tugasan sebagai calon MPP..."Alhamdulillah...Enta memang berbakat ana tengok..tapi kurang digilap...InsyaAllah...ana baru mengerti bahawa persediaan harus diberikan kepada antum semua sebelum digalaskan dengan sesuatu amanah.."

Sekian...moga jadi iktibar

No comments:

Post a Comment