Assalamu'alaikum

Selamat berkunjung ke blog saya...sebarang cadangan boleh di email kepada saya muhammadalfateh87@yahoo.com

Monday, March 30, 2009

Respon Balas Ust. Dzulkhairi

11:26 Perkongsian Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

Saya teringat ketika menziarahi Tuan Guru Presiden PAS di rumah beliau dalam empat atau lima tahun yang lepas. Ketika itu selepas Jumaat. Ada beberapa perkara yang kami bincangkan. Tuan Guru ternyata hidup dalam serba-serbi kesusahan.

Kemudian dalam tahun ini, saya sempat ke rumah Tuian Guru Nik Aziz. Tiada sebarang formality. Saya berbincang panjang dengan anak beliau Ustaz Nik Abduh. Sebenarnya selepas itu, ada tawaran yang lumayan ditawarkan kepada saya namun ditolak kerana beberapa sebab. Terima kasih ustaz.

Kedua-dua tuan guru ini hebat. Mereka yang mencorakkan PAS. Seringkali pandangan mereka berbeza. Ibarat Ibnu Abbas yang sering berbeza dengan Ibnu Umar. Ibarat Umar yang pernah bertentangan pandangan dengan Abu Bakar. Ibarat al-Syafei dengan Abu Hanifah.


Mungkinkah Tuan Guru Nik Aziz seperti Umar yang ingin segala maklumat sampai ke pengetahuan beliau? Jika benar, itu satu ciri kepimpinan yang baik. Mungkin juga Tuan Guru Haji Hadi seperti Khalid yang ingin melaksanakan kerja di lapangan sendiri dengan ijtihad sendiri. Jika benar, itu juga baik.

Mereka khilaf dalam kesederhanaan dan amat menarik. Al-Syafei sendiri pernah bertembung pandangan dengan Imam Ahmad. Kesudahannya, Imam Ahmad tidak mampu menjawab persoalan yang ditimbulkan lantaran mantik al-Syafei tinggi memuncak.

Di Bukit Gantang, PAS sangat kuat. Senang kira, mengikut logiknya, ‘Anwar PAS’ yang menjadi calon ini akan menang. Kini, PR ada tiga figure berumur yang berkualiti dan tiga figure muda. TGNA, Haji Hadi dan Anwar, Husam Musa, Lim Guan Eng dan Nizar.BN tidak boleh diperlekehkan kerana mereka mempunyai figure tersendiri.

Tahniah PAS. Orang PAS pelik dan aneh kerana tarbiah. Sanggup dihabiskan duit kerana ingin memenangkan Islam. Tidak popular pun tidak mengapa asalkan Islam popular. Orang-orang PAS kuat semangat, ini beza dengan orang BN yang kuat ‘duit’.

Menarik perkembangan itu. Namun PAS juga harus ingat beberapa perkara. Apabila dakwah memasuki dunia politik, maka akan berlaku beberapa kecelaruan.

Pertama, orang akan keliru dengan siasah PAS. Mereka beranggapan pimpinan PAS hilang arah tuju kerana kesibukan berpolitik. Itu adalah benar. Maka PAS mesti memperkasakan tarbiah. Maksud saya, bukan tarbiah sebelum 2008. Tetapi tarbiah selepas 2008.

Kedua, kesibukan berpolitik menyebabkan PAS tidak lagi memfokuskan kepada agenda dakwah yang lebih besar. Maka orang bertanya di mana peranan Dewan Ulama. Gejala social dan serangan pemikiran semakin mewarnai Malaysia. Maka PAS harus memerhatikan perkara ini.

Ketiga, apakah PAS menumpukan pembinaan pemimpin masa depan? Apakah PAS hanya berbangga apabila pembangkang kalangan student yang terdiri daripada Pro-M mencapai kemenangan atau PAS akan berbangga dengan lahirnya kepimpinan masa depan yang berkualiti. Maka PAS tidak boleh hanya melihat aspek PRK (kampus) malah menumpukan pembinaan pimpinan masa depan.

Saya dalam Gamis percaya PAS sebagai parti yang paling thiqah. Namun PAS harus ingat bahawa rakyat belum lagi memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada PAS untuk memimpin Malaysia. Maka mahu tidak mahu, PAS mesti mengukuhkan perpaduan dalam PR.
PAS boleh jadi semakin kuat jika PAS sudi mendengar luahan akar umbi. Sebagai Presiden Gamis, saya adalah Gamis dan saya bukan PAS. Tetapi sebagai bukan Presiden Gamis, saya adalah PAS. Mungkin keras terjahan saya, tetapi PAS harus mendengar luahan akar umbi. Maksud saya, pimpinan harus memasang telinga.

Pimpinan tidak perlu malu dengan kelemahan yang banyak kerana UMNO mempunyai lagi banyak masalah. Pimpinan juga tidak harus menutup mata dan telinga daripada mendengar luahan rasa ahli semacam saya. Ternyata sebenarnya, saya melihat pimpinan PAS rasional. Yang tidak rasional hanya ahli PAS yang pantang ditegur.

Saya hanya ingin melihat masa depan PAS cerah. Tanyalah pimpinan PAS dan tolonglah jawab dengan telus. Apakah PAS sudah mempunyai rangka tarbiah pasca-2007? Tepuk dada Tanya selera!!!

No comments:

Post a Comment