Assalamu'alaikum

Selamat berkunjung ke blog saya...sebarang cadangan boleh di email kepada saya muhammadalfateh87@yahoo.com

Sunday, March 15, 2009

Suatu Hari Di BQ

"Eh,zupi..bangun..bangun...cepat...bangun mandi pastu pegi sembahyang kat
surau...ada masa lagi ni, kalau nak bertahajjud pon sempat lagi...lagi
satu...ingat,hari ni tugas enta tau kena masak kat dapur."awal-awal pagi lagi
Pali dah mula mengacau zupi kejutkan dia dan ingatkan dia pasal tugasan dia hari
ni.Tugas dengan Allah dan juga tugasan sesama manusia.Beginilah rutin harian
mereka di BQ bersama sahabat-sahabat lain.



"Hah???hmmm...malasnyeee...nanti la kejap,tak puas lagi tidur ni"balas zupi
kemalasan."Ish,enta ni..jangan zupi..enta kena ingat,Allah bagi nikmat kerehatan
kat kita dah semalaman dah, dah lebih dari cukup dah, nak berehat panjang lagi
tunggu la nanti Allah tarik nyawa kita ek??baru boleh tidur
sepuas-puasnya.sekarang ni masa untuk kita bangun besarkan Allah pula.hehe"ujar
pali kepada zupi agar dia bersegera bangun dari tidurnya.mendengarkan kata-kata
Pali itu,dia terus bangun tapi masih lagi duduk di atas katilnya dengan matanya
yang masih lagi terpejam.

"Hmmm...ya la...ya la...kejap,5 minit."memang sabar hati Pali dibuatnya oleh si
zupi ni.masih boleh lagi nak minta 5 minit."eh...sempat lagi 5 minit...zupi,nak
laksanakan perintah Allah tak boleh banyak sangat dolak dalih ni tau...Wahai
zupi...ingatkah lagi,kita yang mengatakan diri sebagai pejuang Allah...Ingat
zupi,sekiranya kita terlewat mengerjakan solat subuh pada hari ini,kita telah
menyebabkan kemurkaan dari Allah.Ingat,kemurkaan Allah itu sekiranya ia
menimpa,ia akan menimpa ke atas kita semua...bukan hanya orang tertentu sahaja
tau."zupi terus bingkas bangun tanpa berkata apa-apa.Dia mengapai tuala yang
bersangkut di ampaian pintu lalu terus ke bilik air untuk mandi.

Astaghfirullah...Pali terus menjadi serba salah...adakah betul apa yang dia
lakukan terhadap zupi?adakah Zupi bergegas kerana dirinya yang memaksa zupi?Pali
amat takut sekiranya kata-katanyalah yang membuatkan zupi terasa sehinggakan
dia bingkas bangun meluru ke bilik air.Dia amat risau sekiranya zupi ke bilik
air semata-mata kerana disebabkan kata-katanya dan bukanlah kerana Allah.

Pali terus bertahajjud dan disambung dengan solat sunnat taubat memohon
keampunan dari Allah sementara zupi masih lagi di dalam bilik air membersihkan
diri. Dalam sujudnya,dia memanjangkan doa di dalam hati mudah-mudahan niatnya
dan sahabat-sahabat adalah mulus kerana Allah dan bukan kerana yang lain
selain-Nya. Dia turut memohon keampunan dari Allah mudah-mudahan diampunkan
dosanya yang tidak berhikmah dalam menegur sahabat-sahabatnya."Ya Allah...Ya
Tuhanku...adakah sahabat-sahabatku terasa hati dengan kata-kataku...sesungguhnya
aku sangat jahat Ya Allah...aku tidak mengingatkan mereka tentang-Mu secara
berhikmah...aku hanya mahukan mereka mentaati-Mu Ya Allah...Ya Robbi...ampunilah
aku...adakah kata-kataku yg akan menyebabkan sahabat baikku bakal dijerumus
dalam api neraka...dek kerana terpesongnya niatnya yang bukan lagi kerana-Mu
tapi kerana kata-kataku yang megguris hatinya...Ya Allah...hanya Engkaulah
pemilik hati-hati kami,perbaikilah niat kami agar ia tidak lari dari semata-mata
kerana-Mu..."Pali merintis dalam solat taubatnya memohon keampunan dari Allah.
Allah menjadikan Hatinya sangat lembut,dia sangat gelisah sekiranya perbuatan
dan percakapannyalah yang menjadi punca sahabat-sahabatnya terpesong dari niat
yang tepat kerana Allah. Dia tidak mahu percakapan mahupun perbuatan dirinya
menjadi punca segala amalan sahabat-sahabatnya menjadi seperti debu yang melekat
di batu lalu apabila hujan turun,debu-debu itu dibawa air yang deras.hapus
segala amalan-amalan mereka hanya kerana niat yang terpesong.

Selesai Pali memberi salam,lalu zupi pun keluar dari bilik air menandakan dia
sudah pun selasai membersihkan diri dan ingin bersiap,bertahajjud dan ke surau
menunaikan solat subuh berjemaah. tanpa sempat membacakan doa,Pali meluru ke
arah zupi dan bertanya."Pi,enta marah ana ke sebab kejutkan enta bangun cepat
sangat?"tanya Pali kepada Zupi dengan penuh rasa bersalah."Hah?Tak ade la.kenapa
tanya macam tu"soal zupi agak kehairanan."Ye la.Ana kejut enta tadi kan dengan
ana cara yang melulu,sebut pula perkara-perkara yang mungkin membuatkan enta
rasa tak sedap hati ataupun mungkin enta rasa macam ana ni sindir enta ke.maaf
la ye zupi?"rayu Pali penuh kesyahduan."Ish,mane ade pali..betul la apa yang
enta buat tu..ana pun manusia syeikh...kadang-kadang terlalai dek sedap sangat
tidur tu sampai terlupa tujuan asal kita utk membesarkan Allah..bagus la enta
dah peringatkan ana...macam ni la baru sahabat"balas zupi meredakan rasa ketidak
sedapan hati Pali. "Habis tu,tengok enta bangun ke bilik air macam marahkan ana
je?"Rasa tidak sedap hati dan rasa bersalah Pali terhadap sahabatnya itu masih
bermain dalam jiwanya.."Ish...tak ade la...sebenarnya kata-kata enta tu
betul-betul memnyedarkan ana...Allah lemparkan dalam hati ana waktu tu rasa
bersalah apabila ana rasa macam ana mempermainkan pula syariat
Allah...kemudian,tak nak endahkan pula seruan orang yang Allah hantarkan untuk
memperingati ana sendiri.Astaghfirullah...terukkan ana ni??tersentak dengan
itulah ana bangun terus...maaf la perbuatan ana tadi membuatkan enta salah faham
plak,pali...huhu"
"Alhamdulillah,bagus la kalau macam tu...ana risau sangat kalau enta terasa hati
dengan ana tadi."Mereka terus ke surau untuk mengerjakan solat subuh berjemaah.

sampai di luar rumah,tiba-tiba Pali kembali mengingatkan zupi."Zupi,jangan lupa
tau,selesai tugas dengan Allah nanti,jangan lupa tugas sesama kita pulak
eh...masak...hehe.."

"Alah,ni tak best ni.."keluh zupi cuba bermanja dengan pali."Eh,enta ni...cuba
bayangkan,kalau hari ni sahabat-sahabat kita semua tak bertenaga nak melakukan
gerakerja untuk Islam..nak tampal poster...nak panjat tiang ikat banner...nak
pasang PA system..itu ini...sebabnya,diorang x makan makanan yang
berzat,berkhasiat dan halal lagi enak yang enta masak...hah,macam mana enta nak
jawab nanti??hehe"respon Pali kepada zupi mematikan hujahnya."huh...ye la...ye
la...tapi,dengan syarat tau...lepas subuh ni,enta kena pegi kedai cari
bahan-bahan,cari telur ayam 4 atau 5 biji,dan yang penting beras...tau...beras
dah habis,ana nak masak nasi pagi ni?"ujar zupi mengenakan pali pula."eh,apasal
ana pula?huhu...alah,masaklah setakat mana yang ada kat dapur tu
dulu...huhu"Zupi menegaskan perintahnya"Eh,nak kena enta ni...ape lagi yg
tinggal kat dapur tu?x de dah..semua dah habis...enta ni,cuba enta
fikirkan,sumber rezeki ni Allah ciptakan memang untuk kita makan...tapi,kena la
usaha juga...Allah tak turunkan beras,telur ayam,bawang ape semua ni terus kat
atas dapur rumah kita tau...kena la usaha sikit...pegi kedai beli je pun...bukan
suruh kerja kat kedai tu...kalau xde semua benda-benda ni..nak masak pon x
boleh...Dah Alhamdulillah la tu Allah ciptakan semua keperluan tu...cumanya,kena
la ada sorang pegi beli...so,enta la orangnye...hehe".

Selesai bergurau senda sebentar sebelum ke masjid...mereka pon kemudian bergegas
ke surau menunaikan solat subuh..Selesai solat subuh,Zupi pulang ke rumah
manakal Pali pula terus ke kedai mencari bahan-bahan yang diminta zupi..puas dia
mengelilingi ke sana ke mari mencari kedai yang memulakan beroperasi seawal
6.30pagi...akhirnya bertemu juga..lalu dia pun membeli kesemua yang diminta
sahabat baiknya itu..

setibanya di BQ,dia menyerahkan kepada zupi dan proses masak-memasak
dimulakan.Pali dan sahabat yang lain turut membantu.Selesai memasak,makanan pun
dihidangkan di dalam talam untuk makan bersama.Alhamdulillah,pagi tersebut zupi
dibantu sahabat-sahabat lain memasak nasi beriani.

"Alhamdulillah,sedapnya bau nasi ni...sape masak ni...zupi masak ke?."tegur
faisal.."wooh...mestilah zupi yang masak..kalau tak,takkan bau macam ni"bodek
pali pula."Eh,ngada-ngada betul pali ni..antum ni,nak memuji masakan ke nak
makan nasi ni?"kaedah zupi merendahkan diri."Bismillahirrahmanirrahim...."mereka
memulakan santapan sarapan nasi beriani pada pagi itu...

"Alhamdulillah....sedapnya...nikmatnya Allah berikan kepada kita pagi
ni...so,jangan lupa pulak yer lepas ni...kerja-kerja pun kena kuat juga
ye,sebagai balas budi semula kepada Allah."peringat Ariff kepada
sahabat-sahabat...Tiba-tiba,Jehe bersuara"Eh,Pali...demo cari beras dengey semuo
benda-benda ni kat mano pagi-pagi buto ni?Ade ke kedai melayu hok buka doh pagi
cenggini?"

terkedu-kedu pali menjawab"Err...sebenarnye,ana pegi beli kat kedai cina
seberang jalan tu sebenarnye...ana tak jupa plak kedai melayu yang buka pagi ni"

"Hoi!!!Astaghfirullahal'azim...jom belasah Pali ramai-ramai"

begitulah ceritanya...suatu hari di BQ...




p/s:cerita adalah rekaan semata-mata meskipun watak agak nak serupa


1 comment:

  1. ni bukan satu hari di bq, tapi satu pagi di BQ..kenapa watak zupi ngan pali je banyak? watak ana mana? ana pun nak glamour jugak -jehe-

    ReplyDelete